Aduhai anak ku yang masih belajar
Wang bukan segalanya
Walauupun setiap hari wang disebut
walaupun kau mahu jadi maharaja kaya
jutawan yang menguasai dunia

Anak ku yang masih mentah
Sungguh wang  membeli Jam Rolex
 bertatah berlian
harganya RM 30,000
Tetapi boleh  kah  membeli masa  ?

Wang boleh membeli buku satu khutubkhanah
Tetapi boleh kah  membeli kebijaksanaan dan maruah

Wang boleh memperolehi ubat paling mujarab
Tetapi bolehkah menjamin  kesehatan mu
Sepanjang hayat?

Wang boleh membeli wanita seksi dimana mana
Tetapi  mungkin kah  membuat mu ditipu merana??

Dengan wang kau boleh membeli darah yang merah
Tetapi bolehkah memberi mu  kehidupan  yang cerah ???

Wang boleh memberi mu istana
tetapi mungkinkah memberi mu  bahagia
beroleh suami yang setia??

Wang boleh memberi mu katil lapis lazuli
Tetapi bolehkah menjamin   tentram tidurmu
malam hari ???

Dengan wang kau boleh berkuasa
Mungkin kah boleh memberi mu hormat sentiasa???

Aduhai anak ku yang dikasehi
Percayalah WANG bukanlah segala galanya

Berpada padalah berdamping
 dengan wang yang digenggam
Supaya hidup mu aman tentram

Rohaty Majzub
31 Jan 2011