Friday, 25 March 2011

An Old Flame Still Burns

CAHAYA PELITA 

Sebuah pelita
Dan sumbunya
Tetap mengeluarkan  cahaya
Bila dibakar
Dengan minyak tanah didalamnya
Meski sudah lama
An old flame still burns
Dan cahayanya tetap menjana mesra
Walaupun ada lampu elektrik
Yang pelbagai warna
Dan acuannya pelbagai bentuk
Lampu diseling dalam  sebuah  bungalow
Dipetik setiap hari
Bersyukur pada Illahi
Rumah itu berseri
Lampu pelita tentulah  unik
Warisan zaman dan disimpan
Dipasang setiap Hari Raya
Atau mungkin  sekali  sekala
Bila teringat
Untuk menikmati cahaya
dan tenaganya

Rohaty Majzub
18 Feb 2011

No comments:

Post a Comment