Friday, 25 March 2011

Kekadang Kita Terlupa

Saudara
Kekadang kita terlupa
Bila orang menegur sapa
Kita tidak membalasnya

Kerap kita lebih kecil dari
Orang yang menyapa
Ini kerana kita lah yang
Tidak mahu berbudi bahasa

Kekadang bahasa seseorang itu
lagak sarjana ulung bergulung gulung
tetapi bahasa yang dimilki itu tiada berguna
Kerana tidak merapatkan jurang antara  manusia

 Apalah gunanya  bertimbun kosakata
Bergaya ciptaan sekian dan sekian
Hanya untuk memenuhi keegoaan

Bahasa itu memang lebih indah
jika pengguna nya adalah hamba
yang insaf  bahawa  Tuhan melihat
mereka yang angkuh berbicara

Tetapi kosong hatinya

Rohaty Majzub
2hb Februari 2011

No comments:

Post a Comment