Aduhai anak ku yang masih belajar
Wang bukan segalanya
Walauupun setiap hari wang disebut
walaupun kau mahu jadi maharaja kaya
jutawan yang menguasai dunia
Anak ku yang masih mentah
Sungguh wang membeli Jam Rolex
bertatah berlian
harganya RM 30,000
Tetapi boleh kah membeli masa ?
Wang boleh membeli buku satu khutubkhanah
Tetapi boleh kah membeli kebijaksanaan dan maruah
Wang boleh memperolehi ubat paling mujarab
Tetapi bolehkah menjamin kesehatan mu
Sepanjang hayat?
Wang boleh membeli wanita seksi dimana mana
Tetapi mungkin kah membuat mu ditipu merana??
Dengan wang kau boleh membeli darah yang merah
Tetapi bolehkah memberi mu kehidupan yang cerah ???
Wang boleh memberi mu istana
tetapi mungkinkah memberi mu bahagia
beroleh suami yang setia??
Wang boleh memberi mu katil lapis lazuli
Tetapi bolehkah menjamin tentram tidurmu
malam hari ???
Dengan wang kau boleh berkuasa
Mungkin kah boleh memberi mu hormat sentiasa???
Aduhai anak ku yang dikasehi
Percayalah WANG bukanlah segala galanya
Berpada padalah berdamping
dengan wang yang digenggam
Supaya hidup mu aman tentram
Rohaty Majzub
31 Jan 2011
No comments:
Post a Comment