Adakalanya
bila kita kepingin sesuatu
mahupun sebiji sawi kecilnya
atau sebesar gunung
dan tiada kesampaian hajat dihati
kita merasa kecewa dan kesal
dan timbul rasa mual rasa benci
kita wajar
insafi hikmah disebaliknya
apa jika kita memperolehi
bolehkah kita menyedari
nilai harga sesuatu yang termetri
Kadangkala kita terkilan
kerana tiada peluang
mengucapkan perpisahan
pada yang dikasihi
adakalanya
kita memerlukan pertolongan
dari seseorang kawan
tetapi dia terlepas pandangan
atau lupa ingatan
adakalanya harijadi kita dilupakan
hadiah istimewa yang dijangka tidak kelihatan
adakalanya kita tempunan sajian
yang habis dimakan
apakah perlu
rasa terkilan akan mencengkam
erti sebuah kasihsayang
dan semangat ukhwah yang mengikat
hati insan ciptaan Tuhan
Rohaty Majzub
24 Mac 2011
No comments:
Post a Comment