Kau adalah cermin diriku
sukar benarkah memahami sekeping hati
yang bertahta dijiwa mu
samarkah bayangan kasihku
pudar amatkah lirik cinta
yang menggarap isihati dan harapan
Sebenarnya kekasih
Kau adalah cermin diriku
gegunung yang lihat wajahnya
di hamparan tasik jernih
tenang tanpa kocak
tegap teguh dan gagahnya
tersimpul dalam bayangan
kekasih yang dikasehi
kerana diriku adalah dalam
dakapan dirimu yang ku saksi
tidak kurang dari yang termetri
Rohaty Majzub
8Feb 2011
No comments:
Post a Comment