Bentuk atau kandungan
Aku kerap perhatikan
tentang insan taksub
kepada bentuk sesuatu
Mengukur struktur dari kerling matanya
Sebenarnya bentuk itu tidak menjamin isi
Bagitu juga isi tidak meramalkan bentuk
Sebuah hadiah yang didermakan diletak
dalam sebuah kotak yang menarik
disusn rapi dengan bunga dan riben
serupakah dengan isi didalam?
Usah terperangkap dengan bentuk yang kelihatan
Kadangkala lain di luar lain didalam
Kerap apa yang kita sangka luarannnya
Berbeza sungguh bingkisan hati didalamnya
Selagi manusia menilai sesuatu dari bentuknya
Selagi itu ia berisiko menghukum yang tiada
dari yang ada dan yang ada dari yang tiada
Bentuk dan isi perlu ada keselarasanya
Agar pandangan mata menjawab kesahihan
dan kemurnian inspirasi sesuatu harapan
Rohaty Majzub
14 Feb 2011
bungkusan hadiah yang besar tak bermakna isinya bernilai tinggi
ReplyDeletebungkusan kecil tidak bermakna tiada nilai
begitu prof?
Pada pandangan mata kanak-kanak, sesuatu itu akan menjadi pilihan berdasarkan kepada kecantikan dan saiz luaran semata-mata. Jika diberi pilihan di antara kotak hadiah yg besar dan cantik berbanding kotak hadiah yg kecil, kanak-kanak sudah tentu memilih kotak hadiah yg besar.Sedangkan didalam kotak hadiah yg besar itu hanya mengandungi sebuah bantalbusuk berbanding kotak hadiah yg kecil tetapi di dalamnya mengandungi sebuah jam jenama ROLEX.Kita sebagai pendidik kpd kanak-kanak, haruslah membimbing mereka jgn melihat sesuatu itu pd luarannya sahaja. Malah bimbing mereka utk menghargai sesuatu hadiah bukan pd rupa bentuk hadiah itu semata-mata, tetapi pada keikhlasan hati si pemberinya.
ReplyDeleteAdakah prof Rohaty setuju dgn pandangan ini?
29 Mac 2011